Aktiviti Cuti Sekolah – Kelas Bahasa Malaysia: Menjawab Kuiz

25 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 24 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Aktiviti Cuti Sekolah iaitu Kelas Bahasa Malaysia kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 8-11 tahun. Kelas ini berlangsung selama 30 minit iaitu bermula dari pkul 2:30 petang sehingga 3:00 petang.

Bersempena dengan cuti sekolah, kami telah menyediakan kuiz mudah untuk para peserta muda. Dimana, para peserta dikehendaki menjawab kuiz dalam Bahasa Malaysia yang berbentuk soalan bergambar dan objektif, serta mencari perkataan tersembunyi. Objektif aktiviti ini dilakukan adalah untuk meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah, sekaligus mengulang kaji bersama secara berkumpulan.

Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu maklumat palsu. Ramai pengguna sosial media terutamanya kanak-kanak sering kali mudah terpengaruh dengan penyebaran berita palsu dan maklumat palsu. Hal ini bukan sahaja bahaya bagi mereka tetapi juga boleh mengundang kepada buli siber.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali